Ringkasan cerita (versi 1) Puteri Santubong

Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang ialah anak dewa yang turun dari kayangan untuk menjaga gunung di Sarawak. Suatu hari mereka bergaduh kerana merebutkan Putera Serapi yang datang kerana ingin melihat kehebatan dan kecantikan kedua puteri itu. Perkara ini telah menyebabkan kedua-dua puteri berasa iri hati, seorang berasa dirinya lagi bagus dan seorang tak akan mengalah sehingga mati. Padahal mereka bersumpah tidak akan berkelahi. Sejinjang memukul pipi Santubong lalu Santubong membalas dengan menikam dengan batang belida lalu Sejinjang bertukar menjadi Pulau Kera dan Santubong menjadi Gunung Santubong.